BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 14

TRIFFLE DESSERT WITH RECEIPE


TRIFFLE :-


BAHAN2:

SWISS ROLLS (2 ROLL) BELI SIAP KAT KEDAI KEK, PERASA IKUT SUKA YG PALING SEDAP MOCCA/COFFEE/COKLAT

- DIPOTONG BULAT +- 1 INCI TEBALNYA DAN DISUSUN KEDALAM CASSEROLE KACA (TRANSPARENT)SUPAYA NAMPAK KECUR/YUMMY DARI LUAR..

- 1 TIN FRUIT COCKTAIL (DALAM TIN)

- LONGAN. STRAWBERRY, CHEERY (OPTIONAL) IKUT SUKA

-1 TIN PEACH (DALAM TIN) YANG SUDAH SIAP DIPOTONG - WAJIB - KALAU TERBELI YANG BELUM DIPOTONG - IKUT POTONG MCM DLM PHOTO


BAHAN 2 - UTK LAPISAN AGAR2

2 KOTAK AGAR2 NONA (DLM KOTAK) JELI KRISTAL - PERASA STRAWBERRY PALING SEDAP

SUKATAN AIR UNTUK MASAK AGAR2 2 BOTOL MINERAL KECILUNTUK 1 PAKET) SO GUNA 4 BOTOL SUKATAN AIR MINERAL UNTUK 2 PAKET - NAIKKAN ATAS API BILA MENDIDIH, TUTUP API... BIARKAN SUAM2 (NO SUGAR SBB AGAR2 NI DAH ADA SUGAR)


- BAHAN 3 - CUSTARD

8 SUDU CUSTARD BIRD DICAMPUR DENGAN 2 KOTAK SUSU SEGAR HL (KOTAK BESAR) + 2 CWN AIR BIASA + SECUBIT GARAM + GULA PASIR 5 -6 SUDU BESAR (IKUT SUKA MANISNYA) BOLE TAMBAH ATAU KURANG...

SEMUA BAHAN 3 DIMASUKKAN KEDLM PERIUK KACAU DULU SEHINGGA SEBATI SEBELUM DILETAK DIATAS API.. NAIK DIATAS API (API MESTILAH SENANTIASA KECIL/SEDERHANA) KACAU TANPA BERHENTI SUPAYA TIDAK MELEKAT KAT PERIUK (BUAT CUSTARD LAST SEKALI) BILA DAN BUAT BAHAN 1 & 2

CUSTARD NI MESTILAH CAIR MCM BANCUHAN TEPUNG GORENG PISANG - KALAU PEKAT TAMBAH LAGI AIR..


CARANYA:-

LAYER 1

SUSUN SWISS ROLL YG TELAH DIPOTONG BULAT KEDLM CASSEROLE, SUSUN RAPAT2 JGN BAGI ADA RUANG, TUANGKAN AIR COCKTAIL 1/2 TIN SAHAJA SELEPAS TU TUANGKAN BUAH BUAHAN COCKTAIL DI TABURKAN RATA KEATAS SWISS ROLL TUANG MESTI SAMA RATA..

LAYER 2

BILA AGAR2 TELAH MASAK DAN SUAM2 TUANGKAN 1/4 DARI AGAR2 KEATAS LAYER 1, SWISS ROLL YG TELAH DITABUR COCKTAIL TUANGKAN HINGGA MENUTUPI SEMUA SWISS ROLL. SAMA RATA TUNGGU HINGGA AGAR2 KERAS SEDIKIT BARU BUAT LAYER 3


LAYER 3

MASAKKAN CUSTARD - CUSTARD MESTILAH DITUANG SEMASA TENGAH PANAS DIATAS LAYER KE 2

BIARKAN SEBENTAR (MESTI TUNGGU CUSTARD KERAS SEDIKIT BARU SUSUN BUAH PEACH/LONGAN/STRAWBERRY DIATAS PERMUKAAN CUSTARD. - LETAK PERLAHAN2 JGN TENGELLAM PULAK.. BIARKAN ATAS PERMUKAAN CUSTARD - TEKAN SEDIKIT SAHAJA BUAHAN2 NYA


LAYER 4

BILA CUSTARD DAH SEJUK TUANGKAN 3/4 DARIPADA LEBIHAN AGAR2 TADI PERLAHAN2 SAMA RATA SUPAYA MENUTUPI PERMUKAAN CUSTARD. (TUANG AGAR2 MESTI PERLAHAN SUPAYA CUSTARD TAK PECAH) KENA CERMAT2.. SUPAYA CANTIK... DAN MENARIK.


SIMPAN DIDALAM FRIDGE SELAMA 1 - 2 JAM SEBELUM DIMAKAN. KENA MAKAN SEJUK2


SUKATAN DIATAS ADALAH UNTUK 1 ADUNAN SEPERTI PHOTO YANG TERTERA.


'SELAMAT MENCUBA, JADILAH ISTERI YANG SOLEHAH... MASAKAN ISTERI ADALAH KEBANGGAAN SUAMI'

0 comments: